Pangkalan Pengetahuan   /   Maklumat Am

Apa itu Glowwe

Dihantar pada 26 March 2024 11:26 am

Glowwe merupakan platfrom pembelajaran penjagaan kulit yang terbesar di Malaysia. Kami memulakan langkah pada Oktober 2019 dan memperolehi sejumlah 100,000 pelanggan pertama (YouTube Silver Award) kurang daripada setahun. Pada 31 November 2023, kami mempunyai 300,000 pelanggan dan telah menghasilkan lebih daripada 500 video dengan konsisten dalam menyiarkan isi kandungan yang terbaru.

Pembicara kami masa kini adalah seorang yang terlatih dan bertauliah sebagai penasihat atau perunding imej yang sangat mahir tentang penjagaan kulit. Glowwe juga memiliki pasukan yang sangat berpengalaman dan mempunyai ahli yang berprestasi tinggi tentang penjagaan kulit. Pasukan kami sangat berdedikasi untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti tinggi, penuh dengan input dan informasi yang menarik. Kami mempunyai studio yang serba lengkap dengan peralatan, membolehkan kami menghasilkan video yang berkualiti tinggi dengan hasil yang cemerlang.

Kami juga menyediakan pembelajaran secara bersemuka iaitu bengkel penjagaan kulit untuk berkongsi kepada lebih ramai lagi individu tentang kepentingan rutin penjagaan kulit yang baik. Seminar Glowwe yang terbesar diadakan adalah secara bersemuka iaitu seminar Glow Up yang mencapai sebanyak 700 penyertaan.

Di Glowwe, kami percaya bahawa mendidik orang ramai tentang penjagaan kulit adalah sangat penting.